Tuesday 29 September 2020

LIMA MITOS UMUM MENGENAI LOWERED SPRING UNTUK KENDERAAN ANDA

 

Sekiranya anda sudah menukar tayar dan sport rim, langkah seterusnya untuk meningkatkan pengendalian kenderaan anda adalah menaik taraf sistem suspensi kepada yang lebih baik. Biasanya, cara yang paling menjimatkan untuk melakukan perkara ini adalah dengan mengganti spring OEM/original anda dengan satu set spring performance/sport/lowered.
Antara sebab utama adalah untuk menurunkan pusat graviti kereta anda untuk pengendalian yang lebih baik, tetapi terdapat banyak faedah lain untuk menggunakannya.
Kenderaan juga mendapat kelebihan dalam penampilan yang lebih sporty ketika tinggi kereta diturunkan. Jadi apa yang menghalang banyak pemandu menurunkan kereta mereka? Berikut adalah lima mitos biasa yang sering menjadi persoalan.
Mitos 1: Sekiranya saya membeli spring lebih rendah iaitu performance/lowered spring, saya tidak boleh menggunakan shock absorber yang asal.
Fakta: Spring yang membuatkan tinggi kereta yang rendah kira-kira satu inci berfungsi dengan baik dengan shock absorber keluaran kilang yang asal. Sebenarnya, Proride Sport Spring Set direka bentuk untuk disesuaikan dengan suspensi asal kenderaan juga. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan performance yang maksimum, ia perlu dipasang dengan Proride Performance Absorber
Mitos 2: Saya memerlukan alignment kit yang mahal jika memasang lowered spring pada kereta.
Fakta: Menurut designer Proride, kebanyakan kenderaan tidak memerlukan alignment kit setelah memasang satu set lowered spring yang membolehkan penurunan ketinggian kereta dalam 1 inci sahaja.
Mitos 3: Menurunkan ketinggian kenderaan saya akan merosakkan kualiti perjalanan kenderaan dan menjadikannya pemanduan seperti memandu trak.
Fakta: Beberapa jenama sport spring, seperti Proride Lowered Spring, direka untuk mengekalkan sebahagian besar jarak perjalanan (travel distance-stroke) suspensi asal kereta dan hanya sekitar 15% ~ 25% lebih tinggi untuk spring rate untuk mengekalkan kualiti.
Mitos 4: Lowered spring akan membuat kereta mendap, menjadikan kereta terlalu rendah dan tidak praktikal digunakan di jalanraya.
Fakta: Lowered spring yang berkualiti tinggi dari jenama Proride dimampatkan hingga gegelung penuh/rapat dan diuji sebelum dihantar, spring tidak akan memendek lagi. Sebenarnya, Proride ada jaminan untuk spring sehingga 12 bulan jika berlaku kerosakan.
Mitos 5: Meningkatkan sistem suspensi kenderaan saya dengan menggunakan lowered spring adalah mahal.
Fakta: Harga untuk menurunkan ketinggian kenderaan boleh sama murahnya dengan harga set lowered spring, ditambah dengan kos pemasangan. Untuk harga semasa Proride Lowered Spring untuk kenderaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan harga yang istimewa.
Call +60143397988 - MAT untuk maklumat lanjut dan katalog

Monday 28 September 2020

KENAPA ADA PRORIDE HEAVY DUTY ABSORBER?

 


Di awal kemunculan brand Proride hanya terdapat dua jenis absorber sahaja keluaran iaitu Standard dan Performance. Ini adalah permintaan awal pasaran semasa marketing research dilakukan.
Untuk spec standard adalah untuk pengguna kereta biasa yang mahu menukar absorber selepas absorber lama rosak.
Untuk absorber performance adalah untuk pengguna yang orang kata 'berjiwa muda', nak nampak kereta sporty dan rasa sedikit performance handling ketika memandu.
Jadi pengguna biasa yang tidak mahu pemanduan performance handling, tapi ada sedikit improvement dalam driving comfort, macamana? Sebab itulah kemunculan heavy duty absorber.
Ada juga yang mengatakan heavy duty sesuai untuk kereta yang membawa muatan banyak selalu seperti teksi, Grab dan MyCar dan lain-lain lagi
Dari segi setting absorber, ketinggian dan panjang absorber masih sama dengan absorber standard. Dari segi luaran juga tidak berubah dari yang asal sebab perlu sama untuk dipasang pada kereta.




Ada sedikit perubahan pada 'damping force' absorber heavy duty. Settingnya dinaikkan lebih tinggi sedikit dari standard, 5% ~ 8% kenaikan dari absorber original (KYB/APM). Kenaikan setting diukur dari absorber original bukan dari absorber standard Proride.
Sebab apa kenaikan ikut absorber original bukan dari absorber standard Proride? Ini untuk membolehkan pengguna mengagak kenaikan setting dari absorber original mereka sebelum mereka bertukar kepada absorber Proride.
Kenapa perlu tukar warna dan kenapa pilihan warna adalah Maroon? X pilih warna merah ke, biru ke, hijau ke? Absorber heavy duty perlu ditukar warna selain dari hitam perlu perbezaan dan mudah untuk dikenali sekali pandang sahaja. Pilihan warna Maroon adalah lebih kepada mood warna gelap untuk menampakkan lebih tahan lama.
Jadi absorber mana pilihan anda? Standard - hitam atau Heavy Duty - maroon?
Pada post seterusnya kami akan menerangkan absorber Performance - kuning pula. Nantikan dari kami
Untuk yang berminat boleh usha shop kami dibawah:
Nak direct whatsapp team kami pun bolehh
Untuk melihat/cuci mata boleh view catalog dalam link dibawah:


APA BEZA ABSORBER PRORIDE STANDARD DENGAN ABSORBER ORIGINAL

 


Kereta keluaran baru dari kilang biasanya disertakan dengan warranti mengikut komponen atau part. Bagi suspension kereta, terutamanya penyerap hentakan (shock absorber), untuk kereta keluaran baru, orang kata kereta 'bau kedai' akan ada warranti selama 2 ke 3 tahun.
Ia bergantung kepada pihak pengeluar kenderaan tersebut. Disebabkan absorber adalah 'moving parts' atau dalam kategori wear and tear, penilaian warranti adalah sangat subjektif. Hanya warranti yang ketara seperti masalah 'oil leaking' sahaja yang agak mudah untuk membuat claim.
Bila sudah sampai masa untuk menukar absorber, banyak perkara yang perlu diambilkira, terutamanya untuk mendapat keselesaan seperti setting asal.
Bagi absorber standard Proride, settingnya ada sedikit perbezaan dari absorber original. Bahagian luaran tiada perbezaan yg ketara disebabkan untuk membolehkan pemilik kereta menggunakan kembali part-part lain, hanya perlu menukar absorber sahaja.
Apa yang sedikit berbeza? Dari segi setting 'damping force' dinaikkan sedikit sekitar 3 ~ 5% untuk meminimumkan perbezaan antara setting comfort absorber original. Ini disebabkan ada part-part lain yang sudah separuh hayat tapi masih boleh digunakan dan boleh mendapat setting yang kita kehendaki.
Ada juga yang kata, kalau semua setting absorber standard Proride sama dgn absorber original, baik beli yang original aje. Ini juga bergantung kepada kadar pemanduan pemilik kereta di jalanraya. Bila sudah lama biasa dengan kereta mereka, mesti mahu sedikit perbezaan pada setting suspension kereta mereka.
Akhir kata, absorber kami punya, duit anda punya. Pilihan terletak ditangan anda.

PRORIDE BRAND OK KE?

 


Tengahari tadi saja buat carian di Google untuk keyword PRORIDE. Kalau buat carian ini 5 ke 6 tahun lepas, result yang keluar adalah barangan skateboard jenama PRO-RIDE.
Namun selepas beberapa tahun brand Proride berasaskan barangan yang menjurus kepada spare part kereta, senario carian google sudah berubah.
Banyak result carian lebih tertumpu kepada barangan seperti Absorber, Spring, Brake Pad dan lain-lain lagi. Carian juga lebih kepada jualan barangan Proride dalam marketplace terkemuka seperti Mudah.my, Lelong.com.my, forum.lowyat.net dan sebagainya
Dengan berkembangnya marketplace seperti Lazada dan Shopee, barangan Proride juga sudah berada di dalam shopping site tersebut. Terima kasih kepada syarikat dan personal seller yang mengiklan produk Proride dalam marketplace tersebut yang mendapat kunjungan ribuan rakyat Malaysia setiap hari.
Jika anda mahu mencari barangan Proride, kunjungi lah laman-laman web yang telah dinyatakan tadi. Sokongan anda terhadap produk brand Proride adalah sangat dihargai dan di alu-alukan. Mari kita memeriahkan semula pasaran spare part tempatan dengan barangan Proride

HISTORY OF SUSPENSION


Sixt­eenth-century wagons and carriages tried to solve the problem of "feeling every bump in the road" by slinging the carriage body from leather straps attached to four posts of a chassis that looked like an upturned table. 

Because the carriage body was suspended from the chassis, the system came to be known as a "suspension" -- a term still used today to describe the entire class of solutions. The slung-body suspension was not a true springing system, but it did enable the body and the wheels of the carriage to move independently. 

Semi-elliptical spring designs, also known as cart springs, quickly replaced the leather-strap suspension. Popular on wagons, buggies and carriages, the semi-elliptical springs were often used on both the front and rear axles. 

They did, however, tend to allow forward and backward sway and had a high center of gravity. By the time powered vehicles hit the road, other, more efficient springing systems were being developed to smooth out rides for passengers.

Source: How Suspension Work