Monday 28 September 2020

APA BEZA ABSORBER PRORIDE STANDARD DENGAN ABSORBER ORIGINAL

 


Kereta keluaran baru dari kilang biasanya disertakan dengan warranti mengikut komponen atau part. Bagi suspension kereta, terutamanya penyerap hentakan (shock absorber), untuk kereta keluaran baru, orang kata kereta 'bau kedai' akan ada warranti selama 2 ke 3 tahun.
Ia bergantung kepada pihak pengeluar kenderaan tersebut. Disebabkan absorber adalah 'moving parts' atau dalam kategori wear and tear, penilaian warranti adalah sangat subjektif. Hanya warranti yang ketara seperti masalah 'oil leaking' sahaja yang agak mudah untuk membuat claim.
Bila sudah sampai masa untuk menukar absorber, banyak perkara yang perlu diambilkira, terutamanya untuk mendapat keselesaan seperti setting asal.
Bagi absorber standard Proride, settingnya ada sedikit perbezaan dari absorber original. Bahagian luaran tiada perbezaan yg ketara disebabkan untuk membolehkan pemilik kereta menggunakan kembali part-part lain, hanya perlu menukar absorber sahaja.
Apa yang sedikit berbeza? Dari segi setting 'damping force' dinaikkan sedikit sekitar 3 ~ 5% untuk meminimumkan perbezaan antara setting comfort absorber original. Ini disebabkan ada part-part lain yang sudah separuh hayat tapi masih boleh digunakan dan boleh mendapat setting yang kita kehendaki.
Ada juga yang kata, kalau semua setting absorber standard Proride sama dgn absorber original, baik beli yang original aje. Ini juga bergantung kepada kadar pemanduan pemilik kereta di jalanraya. Bila sudah lama biasa dengan kereta mereka, mesti mahu sedikit perbezaan pada setting suspension kereta mereka.
Akhir kata, absorber kami punya, duit anda punya. Pilihan terletak ditangan anda.

0 comments:

Post a Comment