Saturday 28 July 2018

DAH TUKAR SPORT SPRING KENA TUKAR SPORT RIM KE?



INTRO
πŸ’‘Sport spring atau lowered spring dipasang supaya tahap ketinggian kereta kelihatan seperti sport car.
πŸ’‘Cuba lihat sport car macam Ferari, Lamborgini tu, kan rendah keretanya. Macam tu la agaknya perasaan orang yang pasang sport spring.

PERLU KE TUKAR SPORT RIM?
πŸ“Œ Secara teknikalnya, ukuran ketinggian yang sesuai iaitu gap antara fender dengan tayar adalah 2 jari depan dan 2 jari setengah belakang.
πŸ“Œ Jadi kalau pakai rim standard boleh ke? Takde masalah pun kalau nak pasang sport spring dipadankan dengan rim standard.
πŸ“Œ  Ini kerana saiz keseluruhan tayar lebih kurang sama jika dipadankan dengan sport rim bersaiz 15", 16" ataupun 17".

APA SAIZ SPORT RIM YANG SESUAI?
πŸ“ Tiada sport rim yang sesuai untuk semua orang, bergantung kepada jenis pemanduan dan citarasa pemandu kereta itu sendiri.
πŸ“ Ada orang suka rim sederhana (15" - 16") dipadankan dengan tayar tebal, ada orang suka rim besar (17" - 18") dipadankan dengan tayar nipis.
πŸ“ Pemilihan saiz rim juga bergantung pada jenis kereta dan citarasa, tapi yang paling utama adalah bajet (duit) mereka. Semakin besar saiz tayar semakin mahal harganya.

KENAPA PERLU TUKAR SPORT RIM?
πŸ“Ž Untuk kelihatan lebih 'cantik' eloklah tukar sport rim, lebih besar lagi bagus.
πŸ“Ž Lagi besar sport rim, tayar yang digunakan juga semakin lebar dan tetapi semakin nipis. Ada kelebihan dan kekurangannya.
πŸ“Ž Kelebihan tayar lebar akan memberi lebih grip pada tayar semasa pemanduan dan memudahkan kawalan semasa jalan lurus ataupun membelok (cornering)
πŸ“Ž Dari segi kekurangannya pula, pemandu perlu berhati-hati dengan keadaan jalan di Malaysia. Berhati-hati dengan lubang (pothole) yang banyak dijalanraya jika jalan tersebut kurang diselenggara atau dilalui oleh lori-lori besar
πŸ“Ž Berhati-hati juga bila melalui kawasan perumahan kerana banyak bonggol tajam, banyak yang dibuat tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
πŸ“Ž Kerosakan mudah berlaku pada sport rim samada bengkok ataupun lebih extreme boleh pecah dan perlu modal yang banyak untuk menggantikannya

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Pilihan untuk menukar sport rim selepas menukar sport spring adalah pilihan pemandu. Tiada 'rules' kalau dah tukar sport spring MESTI kena tukar sport rim
πŸ“‹ Penukaran sport rim perlu diteliti untuk jangka masa panjang kerana keselesaan dan bajet untuk penggantian tayar dikemudian hari perlu difikirkan dengan baik.
πŸ“‹ Jangan terlalu mengikut saranan mekanik kerana kebanyakan kedai tayar akan meminta anda menukar rim kerana memberi keuntungan kepada mereka.
πŸ“‹ Akhir kata tepuk dada tanya poket anda!!

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

1 comment: