Tuesday 31 July 2018

TINDAKAN YANG BETUL SELESAIKAN MASALAH SAGAT FENDER LEPAS TUKAR SPORT SPRING



INTRO
๐Ÿ’กKalau anda pengguna tegar Facebook, tentu ada biasa membaca masalah-masalah pengguna kereta.
๐Ÿ’กPemilik kereta baru dan tiada pengalaman yang baik biasanya meluahkan masalah mereka dalam group kereta, malah dalam group jual kuih pun ada.. Adoii
๐Ÿ’กYang best kalau soalan-soalan yang ditanya dijawap dengan pantas dan menyelesaikan masalah, ini bagus!
๐Ÿ’กYang tak best dan menyampah dalam setiap pertanyaan mesti ada komen-komen yang 'menganjing' atau sarkastik. Kita yang baca pun panas hati, sebab kita nak tahu juga penyelesaiannya.

SAYA DAH PASANG SPORT SPRING BRAND XXX, TAPI BELAKANG SAGAT FENDER, MACAMANA NI?
๐Ÿ“Œ Pertanyaan begini selalu kita baca dan akan ada macam-macam penyelesaiannya yang diberi oleh orang yang komen.
๐Ÿ“Œ Pertama sekali, pembeli perlu merujuk semula pada seller sport spring tersebut berkenaan masalah sagat fender tersebut. Seller patut tahu bila anda pasang sport spring tu akan sagat fender atau tidak, senang kan? Kalau seller kata tak sagat tetapi bila dah dipasang jadi sagat senang nak tukar/return barang tersebut.
๐Ÿ“Œ Sebagai pemilik kereta, sebelum membeli anda perlu terangkan keadaan kereta anda dahulu, adakah masih seperti asal keluaran kilang atau sudah dimodifikasi seperti tukar rim/tayar saiz besar.
๐Ÿ“Œ Cara penggunaan kereta tersebut juga penting, kalau anda selalu bawa banyak barang di dalam bonet kereta, perlu spring yang berbeza jika dibandingkan dengan kalau anda bawa kereta seorang atau berdua sahaja.
๐Ÿ“Œ Tahap keselesaan atau dalam bahasa Jawa comfort juga perlu difikirkan kerana selepas anda menukar sport spring, anda sudah mengubah setting asal dan tidak dapat keselesaan seperti dulu.

MORAL OF THE STORY
๐Ÿ“‹ Kita boleh bertanya dalam group-group kereta berkenaan masalah yang kita hadapi tapi hati kena kental untuk baca komen-komen orang lain
๐Ÿ“‹ Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Masalah itu datang dari kita, maka kita juga yang dapat selesaikan masalah tersebut, orang lain hanya boleh bagi cadangan.
๐Ÿ“‹ Raikan pendapat dan cadangan orang lain. Kalau tak setuju tak perlu nak bash balik, scroll aje laju-laju.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

0 comments:

Post a Comment