Tuesday 31 July 2018

TINDAKAN YANG BETUL SELESAIKAN MASALAH SAGAT FENDER LEPAS TUKAR SPORT SPRING



INTRO
πŸ’‘Kalau anda pengguna tegar Facebook, tentu ada biasa membaca masalah-masalah pengguna kereta.
πŸ’‘Pemilik kereta baru dan tiada pengalaman yang baik biasanya meluahkan masalah mereka dalam group kereta, malah dalam group jual kuih pun ada.. Adoii
πŸ’‘Yang best kalau soalan-soalan yang ditanya dijawap dengan pantas dan menyelesaikan masalah, ini bagus!
πŸ’‘Yang tak best dan menyampah dalam setiap pertanyaan mesti ada komen-komen yang 'menganjing' atau sarkastik. Kita yang baca pun panas hati, sebab kita nak tahu juga penyelesaiannya.

SAYA DAH PASANG SPORT SPRING BRAND XXX, TAPI BELAKANG SAGAT FENDER, MACAMANA NI?
πŸ“Œ Pertanyaan begini selalu kita baca dan akan ada macam-macam penyelesaiannya yang diberi oleh orang yang komen.
πŸ“Œ Pertama sekali, pembeli perlu merujuk semula pada seller sport spring tersebut berkenaan masalah sagat fender tersebut. Seller patut tahu bila anda pasang sport spring tu akan sagat fender atau tidak, senang kan? Kalau seller kata tak sagat tetapi bila dah dipasang jadi sagat senang nak tukar/return barang tersebut.
πŸ“Œ Sebagai pemilik kereta, sebelum membeli anda perlu terangkan keadaan kereta anda dahulu, adakah masih seperti asal keluaran kilang atau sudah dimodifikasi seperti tukar rim/tayar saiz besar.
πŸ“Œ Cara penggunaan kereta tersebut juga penting, kalau anda selalu bawa banyak barang di dalam bonet kereta, perlu spring yang berbeza jika dibandingkan dengan kalau anda bawa kereta seorang atau berdua sahaja.
πŸ“Œ Tahap keselesaan atau dalam bahasa Jawa comfort juga perlu difikirkan kerana selepas anda menukar sport spring, anda sudah mengubah setting asal dan tidak dapat keselesaan seperti dulu.

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Kita boleh bertanya dalam group-group kereta berkenaan masalah yang kita hadapi tapi hati kena kental untuk baca komen-komen orang lain
πŸ“‹ Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Masalah itu datang dari kita, maka kita juga yang dapat selesaikan masalah tersebut, orang lain hanya boleh bagi cadangan.
πŸ“‹ Raikan pendapat dan cadangan orang lain. Kalau tak setuju tak perlu nak bash balik, scroll aje laju-laju.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Saturday 28 July 2018

DAH TUKAR SPORT SPRING KENA TUKAR SPORT RIM KE?



INTRO
πŸ’‘Sport spring atau lowered spring dipasang supaya tahap ketinggian kereta kelihatan seperti sport car.
πŸ’‘Cuba lihat sport car macam Ferari, Lamborgini tu, kan rendah keretanya. Macam tu la agaknya perasaan orang yang pasang sport spring.

PERLU KE TUKAR SPORT RIM?
πŸ“Œ Secara teknikalnya, ukuran ketinggian yang sesuai iaitu gap antara fender dengan tayar adalah 2 jari depan dan 2 jari setengah belakang.
πŸ“Œ Jadi kalau pakai rim standard boleh ke? Takde masalah pun kalau nak pasang sport spring dipadankan dengan rim standard.
πŸ“Œ  Ini kerana saiz keseluruhan tayar lebih kurang sama jika dipadankan dengan sport rim bersaiz 15", 16" ataupun 17".

APA SAIZ SPORT RIM YANG SESUAI?
πŸ“ Tiada sport rim yang sesuai untuk semua orang, bergantung kepada jenis pemanduan dan citarasa pemandu kereta itu sendiri.
πŸ“ Ada orang suka rim sederhana (15" - 16") dipadankan dengan tayar tebal, ada orang suka rim besar (17" - 18") dipadankan dengan tayar nipis.
πŸ“ Pemilihan saiz rim juga bergantung pada jenis kereta dan citarasa, tapi yang paling utama adalah bajet (duit) mereka. Semakin besar saiz tayar semakin mahal harganya.

KENAPA PERLU TUKAR SPORT RIM?
πŸ“Ž Untuk kelihatan lebih 'cantik' eloklah tukar sport rim, lebih besar lagi bagus.
πŸ“Ž Lagi besar sport rim, tayar yang digunakan juga semakin lebar dan tetapi semakin nipis. Ada kelebihan dan kekurangannya.
πŸ“Ž Kelebihan tayar lebar akan memberi lebih grip pada tayar semasa pemanduan dan memudahkan kawalan semasa jalan lurus ataupun membelok (cornering)
πŸ“Ž Dari segi kekurangannya pula, pemandu perlu berhati-hati dengan keadaan jalan di Malaysia. Berhati-hati dengan lubang (pothole) yang banyak dijalanraya jika jalan tersebut kurang diselenggara atau dilalui oleh lori-lori besar
πŸ“Ž Berhati-hati juga bila melalui kawasan perumahan kerana banyak bonggol tajam, banyak yang dibuat tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
πŸ“Ž Kerosakan mudah berlaku pada sport rim samada bengkok ataupun lebih extreme boleh pecah dan perlu modal yang banyak untuk menggantikannya

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Pilihan untuk menukar sport rim selepas menukar sport spring adalah pilihan pemandu. Tiada 'rules' kalau dah tukar sport spring MESTI kena tukar sport rim
πŸ“‹ Penukaran sport rim perlu diteliti untuk jangka masa panjang kerana keselesaan dan bajet untuk penggantian tayar dikemudian hari perlu difikirkan dengan baik.
πŸ“‹ Jangan terlalu mengikut saranan mekanik kerana kebanyakan kedai tayar akan meminta anda menukar rim kerana memberi keuntungan kepada mereka.
πŸ“‹ Akhir kata tepuk dada tanya poket anda!!

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Friday 27 July 2018

CARA YANG BETUL UNTUK LOWEREDKAN KERETA

INTRO
Lowered ini dalam bahasa pengguna kereta adalah keadaan kereta yang rendah dari ketinggian asal (keluaran kilang).

Ada beberapa cara untuk mengukur kadar ketinggian kereta seperti mengukur jarak fender kereta dari jalan, mengukur jarak fender dari center tayar dan mengukur gap antara fender dengan tayar.

Cara yang paling popular adalah mengukur jarak fender dengan tayar kerana ini dapat dilihat secara terus dan hanya menggunakan jari sahaja. Walaupun cara ini 'kurang teknikal' namun ia lebih mudah diaplikasikan.

KENAPA NAK LOWEREDKAN KERETA
Ramai pengguna kereta biasanya yang muda dan berjiwa muda ingin meloweredkan kereta mereka.

Antara tujuan utama adalah supaya kereta mereka kelihatan sporty dan berbeza dengan kereta orang lain keluaran kilang.

Selain itu, sebab utama adalah untuk meningkatkan tahap pemanduan lebih maksimum kerana kebiasaannya kereta lowered dipandu dengan laju.

Jadi bila jalan cornering dan mahu dipandu dengan laju, kereta perlu sedikit rendah supaya kurang rasa 'membuang'.

CARA NAK LOWEREDKAN KERETA
Cara yang mudah untuk loweredkan kereta adalah dengan memasang spring yang lebih rendah dari spring asal keluaran kilang.

Banyak term digunakan untuk spring ini seperti lowered spring, sport spring, performance spring, spring potong, spring bakar hujung dan macam-macam lagi.

Dengan hanya menukar sport spring yang banyak ada dipasaran, kereta akan menjadi lebih rendah/lowered dari yang asal. Antara brand yang popular masa kini di Malaysia adalah 4FLEX, Proride, GAP, APM dan lain-lain lagi.

Ketinggian yang diminati adalah dalam kadar dua jari (gap fender dengan tayar) untuk tayar depan manakala kadar dua setengah jari untuk tayar belakang. Mengapa ada perbezaan antara depan dengan belakang?

Gap tayar belakang perlu tinggi sedikit untuk menampung berat penumpang yang duduk dibelakang selain dari barang yang bakal dimuatkan di bahagian belakang kereta. Gap tayar depan tidak berubah kerana tiada pertambahan berat, hanya berat enjin dan gearbox sahaja dibahagian depan.

MORAL OF THE STORY
Kereta keluaran kilang sudah di test oleh engineer dengan baik, dengan menukar susunan spesifikasi asal perlu dilakukan dengan betul untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik.

Tujuan untuk kelihatan lebih sporty tidak harus mengabaikan tahap keselamatan pengguna/pemandu kereta tersebut malah perlu memikirkan keselamatan pemandu kereta dan kenderaan lain di jalanraya.

Artikel disiarkan di Proride Suspension Specialist