Friday 17 August 2018

5 PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN BILA MENUKAR ABSORBER / SPRING


INTRO
πŸ’‘Setiap kereta perlukan penukaran absorber atau spring bila tiba masanya.
πŸ’‘Tempoh untuk sesuatu penukaran bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak perjalanan, kondisi jalan yang anda lalui, tempoh masa penggunaan absorber atau spring tersebut dan lain-lain lagi.
πŸ’‘ Pengetahuan asas untuk penukaran perlu ada sebelum pergi ke workshop atau bengkel yang ada.

PASTIKAN MODEL ABSORBER / SPRING SAMA DENGAN KERETA ANDA
πŸ”” Ada pelbagai cara untuk membeli absorber atau spring samada belian terus di bengkel, belian online di Lazada/Shopee atau belian di kedai sparepart.
πŸ”” Kadangkala ada penjual yang kurang pengetahuan tentang barang yang mereka jual, mungkin tersilap barang atau tersilap letak sticker pada kotak.
πŸ”” Kalau untuk absorber depan, perkara penting adalah pada bahagian bracket yang dipasang pada knuckle dan bracket yang dipasang pada droplink. Satu lagi bahagian penting adalah pada hujung rod yang dipasang pada absorber mounting.
πŸ”” Kalau untuk absorber belakang, lubang pada rubber bush dan hujung rod perlu sama supaya dapat dipasang pada kereta.
πŸ”” Dari segi panjang/pendek absorber, ia bergantung pada spesifikasi absorber tersebut samada standard atau performance absorber.
πŸ“ Untuk spring pula, saiz pada setiap hujung spring adalah penting kerana ia akan dipasang pada spring seat asal.
πŸ“ Jika bahagian hujung spring saiz luaran sama, ia juga perlu dipastikan yang mana satu bahagian atas dan bawah.

Jika anda kurang yakin boleh berhubung pada seller tersebut untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

CARA PEMASANGAN YANG BETUL
✏️ Kebanyakan untuk absorber depan, telah ditetapkan ada bahagian kiri atau kanan. Ada juga absorber yang sama (common) untuk kedua-dua bahagian.
✏️ Jika absorber dipasang pada bahagian yang salah, adakalanya ia boleh dipasang pada kereta, cuma untuk drop link bracket dgn brake hose bracket tidak dapat dipasang kerana berada pada bahagian yang salah.
✏️ Untuk absorber belakang, kebanyakkannya adalah common dan boleh dipasang pada kedua-dua bahagian. Cuma pastikan ia dipasang dengan betul.

DOUBLE CHECK SEMUA SKRU & NUT DIKETATKAN
πŸ“Œ Perkara yang penting untuk diperiksa adalah pemasangan skru & nut pada bahagian-bahagian kereta dan tayar.
πŸ“Œ Jika ada nut & skru yang tidak dipasang dengan ketat, besar kemungkinan akan ada bunyi dan lebih serius lagi bole menyebabkan kemalangan.
πŸ“Œ Ada pomen yang akan memasang semua skru & nut terlebih dahulu sebelum mengetatkan sekaligus pada hujung pemasangan.
πŸ“Œ Anda boleh meminta pomen untuk memeriksa tahap keketatan (ada ke perkataan ni) skru & nut dengan menggunakan torque wrench namun jarang ada di semua workshop. πŸ“Œ Paling biasa pomen akan menggunakan spannar atau airgun untuk memeriksanya. Ia lebih mudah dan cepat.

PASTIKAN NUT TAYAR DIPASANG DENGAN BETUL
πŸ“ Satu lagi perkara penting adalah cara membuka dan memasang nut pada tayar.
πŸ“ Secara teknikalnya, nut tayar perlu dibuka atau dpasang secara bersilang untuk mengelakkan dari nut rosak.
πŸ“ Selain itu, ia dapat memudahkan proses pemasangan tayar kerana ia dapat dibuka dan dipasang tanpa force tambahan apabila mengikut prosedur yang betul.

BUAT SEMULA CAMBER & ALIGNMENT
πŸ“Ž Selepas membuka dan memasang semula absorber atau spring, camber & alignment akan 'lari'. Adalah penting untuk menentukan dan memeriksa camber & dan alignment mengikut spesifikasi yang betul.
πŸ“Ž Antara akibat yang terjadi apabila ia tidak dibuat semula mengikut spesifikasi adalah tayar akan senget dan boleh menyebabkan tayar botak tidak sekata.
πŸ“Ž Selain itu, stereng akan jadi senget dan mungkin akan bergegar pada kelajuan tertentu. Ini akan menyukarkan pemanduan dan bila tidak fokus pada pemanduan dan melalui jalan beralun atau berlubang, stereng boleh terlepas dari genggaman, ini boleh menyebabkan kemalangan.

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Adalah penting untuk menukar absorber atau spring yang sudah rosak. Ini dapat membantu dalam pemanduan dan mendapat keselesaan maksimum
πŸ“‹ Perkara-perkara yang berkaitan dengan pemasangan absorber perlu diperiksa dan mengikut spesifikasi yang betul untuk mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Friday 10 August 2018

4 CARA PERIKSA ABSORBER KERETA DENGAN BETUL


INTRO
πŸ’‘Pengguna kereta di Malaysia tidak ramai yang tahu cara memeriksa keadaan absorber dengan betul.
πŸ’‘Cara pemeriksaan ini adalah bagi absorber yang baru di beli samada terus di kilang atau di kedai spare part dan workshop.
Pemeriksaan ini adalah untuk menentukan bahagian dalaman absorber, untuk bahagian luar bole dilihat dari segi cat, welding condition dan lain-lain lagi
πŸ’‘Bagi anda yang tidak tahu cara untuk memeriksa absorber bole ikut cara seperti di bawah.

PERIKSA ABSORBER ELOK / ROSAK
πŸ“Œ Cara pemeriksaan yang pertama adalah untuk menentukan samada absorber tersebut elok ataupun tidak.
πŸ“Œ Periksa tiada minyak yang meleleh di bahagian cap absorber dan bahagian-bahagian welding. Kalau berminyak minta tukar yang baru.
πŸ“Œ Jika absorber tersebut diikat dgn tali atau disangkut dengan besi, bukakan ikatan tersebut dan biarkan ia bebas.

ABSORBER KERAS / LEMBUT
πŸ“ Ada yang kata kalau absorber keras, bila dibuka tali pengikat atau cangkuk besi, rod akan naik depan cepat.
πŸ“ Kalau itu tanggapan anda, ia adalah SALAH.
πŸ“ Sebenarnya kalau rod tersebut keluar dengan cepat, ini menandakan absorber tersebut adalah lembut. Kalau ia keluar secara perlahan, maka ia adalah keras.
πŸ“ Secara teknikalnya, absorber keras atau lembut diukur menggunakan mesin damping force. Mesin ini memang dicipta khas untuk menentukan prestasi/performance absorber.
πŸ“ Absorber diukur dengan beberapa kelajuan (speed) yang berbeza. Setiap kelajuan ada spesifikasinya sendiri.
πŸ“ Apabila anda menekan dan melepaskan rod absorber, cara ini hanya dapat mengagak kekerasan absorber pada low speed sahaja.
πŸ“ Pada medium speed dan high speed ia tidak dapat diukur dengan menekan atau melepaskan rod tersebut.

JENIS ABSORBER MINYAK / MINYAK + GAS
πŸ“Ž Terdapat dua jenis absorber yang biasa digunakan dipasaran Malaysia. Ia adalah absorber minyak dan minyak + gas.
πŸ“Ž Cara menentukan jenis absorber adalah dengan melepaskan tali pengikat atau cangkuk besi yang dipasang pada absorber tersebut.
πŸ“Ž Bagi absorber minyak, kebiasaannya ia tidak perlu diikat, ini kerana tiada penolakan keluar pada rod absorber.
πŸ“Ž Bagi absorber minyak + gas pula, apabila tali pengikat dilepaskan, rod absorber akan naik sendiri. Kadar naik tu bergantung pada setting komponen dalaman nya.
πŸ“Ž Ada ke absorber gas? Kenapa kat luar sana orang sebut absorber gas? Absorber gas yang dimaksudkan dimaksudkan diluar sana adalah absorber minyak + gas. Takde absorber hanya ada gas sahaja kat dalam. Mereka sebut absorber gas sebab nak cepat kot..

ABSORBER NAIK TAK SAMA
πŸŽ–️ Kenapa ada absorber yang bila dilepaskan secara berdua sebelah-sebelah, tidak sama kadar kenaikannya?
πŸŽ–️ Persoalan ini dapat diterangkan di mana dalam setiap proses pembuatan produk terdapat tolerance. Agak sukar untuk membuat banyak benda yang sama tanpa sebarang tolerance.
πŸŽ–️ Ini adalah basic enginnering.

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Diluar sana ada banyak cara yang digunakan untuk memeriksa absorber yang baik.
πŸ“‹ Ia banyak bergantung pada pengalaman dan pembacaan masing-masing.
πŸ“‹ Diharap dengan panduan ini dapat membantu anda memilih dengan betul.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Friday 3 August 2018

SEBAB UTAMA PERLU GUNA SPRING SPORT DENGAN ABSORBER PERFORMANCE



INTRO
πŸ’‘ Secara amnya kereta keluaran kilang sudah di buat research & development (R&D) berkenaan dengan spesifikasi yang sesuai untuk kegunaan di Malaysia oleh jurutera terlatih dalam bidang mereka.
πŸ’‘ Setting ini juga telah memenuhi tahap keselamatan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk kenderaan di jalanraya.
πŸ’‘ Pengguna kereta di Malaysia suka mengubah spesifikasi asal kenderaan dengan tujuan untuk mendapatkan setting yang sesuai dengan pemanduan mereka.

SPRING SPORT DAN KEGUNAANNYA
πŸ“Œ Secara amnya, kegunaan spring adalah untuk menampung berat kereta. Dalam sebuah kereta ada 4 biji spring, jadi berat kereta secara asasnya dibahagi kepada 4.
πŸ“Œ Sebagai contoh (kiraan kasar), jika berat kereta adalah 1200kg, maka setiap spring akan menampung berat 300kg.
πŸ“Œ Bagi spring sport, fungsinya tetap sama untuk menampung berat kereta, cuma tahap ketinggian kereta tu bergantung kepada tahap kekuatan spring yang digunakan.

ABSORBER PERFORMANCE DAN KEGUNAANNYA
πŸ“ Absorber dalam sebuah kereta juga ada 4 biji, biasanya dipasang bersama atau berdekatan dengan spring.
πŸ“ Absorber digunakan sebagai 'pemegang' atau penyambung beberapa bahagian kenderaan. Sebagai contoh, untuk bahagian depan, absorber dipasang pada body kereta menyambungkan bahagian sistem brek dan tayar.
πŸ“ Kegunaan utama absorber adalah untuk menyerap/mengurangkan hentakan atau alunan dari berat kereta yang ditampung oleh spring.

PASANGAN TERBAIK SPRING SPORT DENGAN ABSORBER PERFORMANCE
πŸ“Ž Pada kebiasannya, spring sport dibuat dengan mengurangkan panjang spring. Anda boleh bandingkan spring asal kereta dengan spring sport.
πŸ“Ž Namun ada juga spring sport yang panjangnya sama dengan spring asal, ini bergantung kepada design yang telah ditetapkan.
πŸ“Ž Apabila spring sudah pendek, jika dipasang dengan absorber asal, kemungkinan spring tersebut akan longgar.
πŸ“Ž Disinilah absorber performance yang dipendekkan berfungsi.
πŸ“Ž Ada juga absorber performance dipasang dengan spring asal, namun prestasi sebenar tidak dapat dicapai secara maksimum.

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Untuk mendapatkan setting dan performance yang sebenar, disarankan untuk memasang spring sport bersama dengan absorber performance.
πŸ“‹ Bagi yang tak cukup bajet, boleh juga memasang spring sport bersama absorber asal, namun prestasi pemanduan akan berkurangan.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist