Monday 26 May 2014

Rebound & Compression Valve

Perkara yang paling penting dalam sesebuah absorber adalah Rebound & Compression Valve. Sebab apa ia penting? Ini adalah kerana valve inilah yang mengawal pergerakan piston rod dan setting/tuning pada valve tersebut yang membolehkan kekerasan dan keselesaan pergerakan kereta dikawal mengikut kehendak anda. Untuk Proride Absorber, kelebihannya adalah teknologi yang digunakan iaitu "Three Stage Valve" di mana dengan menggunakan teknologi ini, proses untuk setting/tuning absorber tersebut lebih mudah dan cepat.


Ini kerana valve tersebut dapat mengawal tiga keadaan pergerakan piston rod yang membawa kepada pergerakan kereta anda. Tiga keadaan tersebut adalah "Low Speed", "Medium Speed" dan "High Speed". Dengan kelebihan setiap pergerakan dapat dikawal tanpa melibatkan pergerakan pada situasi yang lain, contohnya jika setting/Tuning pada 'Low Speed" sedang dilakukan, "Medium Speed" dan "High Speed" tidak akan berubah, begitu juga sebaliknya. Ini dapat menjadikan setting/tuning untuk Proride Absorber dapat dibuat untuk lebih banyak keadaan jalanraya.

by Proride Suspension Specialist

0 comments:

Post a Comment