Friday 10 August 2018

4 CARA PERIKSA ABSORBER KERETA DENGAN BETUL


INTRO
πŸ’‘Pengguna kereta di Malaysia tidak ramai yang tahu cara memeriksa keadaan absorber dengan betul.
πŸ’‘Cara pemeriksaan ini adalah bagi absorber yang baru di beli samada terus di kilang atau di kedai spare part dan workshop.
Pemeriksaan ini adalah untuk menentukan bahagian dalaman absorber, untuk bahagian luar bole dilihat dari segi cat, welding condition dan lain-lain lagi
πŸ’‘Bagi anda yang tidak tahu cara untuk memeriksa absorber bole ikut cara seperti di bawah.

PERIKSA ABSORBER ELOK / ROSAK
πŸ“Œ Cara pemeriksaan yang pertama adalah untuk menentukan samada absorber tersebut elok ataupun tidak.
πŸ“Œ Periksa tiada minyak yang meleleh di bahagian cap absorber dan bahagian-bahagian welding. Kalau berminyak minta tukar yang baru.
πŸ“Œ Jika absorber tersebut diikat dgn tali atau disangkut dengan besi, bukakan ikatan tersebut dan biarkan ia bebas.

ABSORBER KERAS / LEMBUT
πŸ“ Ada yang kata kalau absorber keras, bila dibuka tali pengikat atau cangkuk besi, rod akan naik depan cepat.
πŸ“ Kalau itu tanggapan anda, ia adalah SALAH.
πŸ“ Sebenarnya kalau rod tersebut keluar dengan cepat, ini menandakan absorber tersebut adalah lembut. Kalau ia keluar secara perlahan, maka ia adalah keras.
πŸ“ Secara teknikalnya, absorber keras atau lembut diukur menggunakan mesin damping force. Mesin ini memang dicipta khas untuk menentukan prestasi/performance absorber.
πŸ“ Absorber diukur dengan beberapa kelajuan (speed) yang berbeza. Setiap kelajuan ada spesifikasinya sendiri.
πŸ“ Apabila anda menekan dan melepaskan rod absorber, cara ini hanya dapat mengagak kekerasan absorber pada low speed sahaja.
πŸ“ Pada medium speed dan high speed ia tidak dapat diukur dengan menekan atau melepaskan rod tersebut.

JENIS ABSORBER MINYAK / MINYAK + GAS
πŸ“Ž Terdapat dua jenis absorber yang biasa digunakan dipasaran Malaysia. Ia adalah absorber minyak dan minyak + gas.
πŸ“Ž Cara menentukan jenis absorber adalah dengan melepaskan tali pengikat atau cangkuk besi yang dipasang pada absorber tersebut.
πŸ“Ž Bagi absorber minyak, kebiasaannya ia tidak perlu diikat, ini kerana tiada penolakan keluar pada rod absorber.
πŸ“Ž Bagi absorber minyak + gas pula, apabila tali pengikat dilepaskan, rod absorber akan naik sendiri. Kadar naik tu bergantung pada setting komponen dalaman nya.
πŸ“Ž Ada ke absorber gas? Kenapa kat luar sana orang sebut absorber gas? Absorber gas yang dimaksudkan dimaksudkan diluar sana adalah absorber minyak + gas. Takde absorber hanya ada gas sahaja kat dalam. Mereka sebut absorber gas sebab nak cepat kot..

ABSORBER NAIK TAK SAMA
πŸŽ–️ Kenapa ada absorber yang bila dilepaskan secara berdua sebelah-sebelah, tidak sama kadar kenaikannya?
πŸŽ–️ Persoalan ini dapat diterangkan di mana dalam setiap proses pembuatan produk terdapat tolerance. Agak sukar untuk membuat banyak benda yang sama tanpa sebarang tolerance.
πŸŽ–️ Ini adalah basic enginnering.

MORAL OF THE STORY
πŸ“‹ Diluar sana ada banyak cara yang digunakan untuk memeriksa absorber yang baik.
πŸ“‹ Ia banyak bergantung pada pengalaman dan pembacaan masing-masing.
πŸ“‹ Diharap dengan panduan ini dapat membantu anda memilih dengan betul.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

3 comments: