Saturday 24 May 2014

Double Lip Oil Seal

Selain Piston Rod, Oil Seal adalah salah satu part terpenting di dalam Proride absorber. Fungsi oil seal ini adalah untuk mengelakkan dari minyak dan gas keluar dari dalam absorber, dalam bahasa mudahnya 'leaking'. Selain itu, oil juga digunakan untuk menahan dari habuk dari memasuki sistem Proride Absorber. Jika habuk atau kualiti oil seal yang tidak bermutu tinggi, besar kemungkinan kebocoran gas atau minyak akan mudah berlaku.



Untuk mengelakkan dari masalah ini berlaku, Proride Absorber menggunakan oil seal yang bermutu tinggi dari NOK. Bagi yang biasa dengan produk NOK, ia adalah satu produk yang selalu digunakan untuk sealing mesin dan produk. Proride Absorber menggunakan NOK oil seal yang sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia. Ini kerana setiap oil seal mempunyai spesifikasi yang berbeza-beza mengikut cuaca dan suhu persekitaran.

by Proride Suspension Specialist

0 comments:

Post a Comment