Saturday 24 May 2014

Teflon Coated Piston

Piston adalah salah satu part yang terpenting dalam Proride absorber. FUngsi piston adalah mengawal aliran minyak yang terdapat di dalam Proride absorber. Selain itu, piston juga berfungsi untuk menahan geseran akibat pergerakan berterusan absorber semasa kereta bergerak samada dipandu dengan perlahan ataupun laju. Untuk memberikan ketahanan yang lebih tinggi terhadap geseran, piston tersebut perlu disalut dengan teflon yang tahan geseran dalam suhu yang tinggi.



Produk yang berada dipasaran ketika ini kebanyakannya menggunakan teflon biasa iaitu jenis Teflon Ring.Teflon Ring ini mudah tercabut ketika pemasangan absorber kerana ia perlu dipegang dengan cermat semasa pemasangan. Jika tidak dipasang dengan betul, ia mudah tercabut ketika absorber tersebut beroperasi. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, Proride Absorber menggunakan jenis Coated Teflon di mana teflon tersebut terus melekat pada badan piston tersebut. Dengan itu, isu teflon tercabut ketika pemasangan tidak ada langsung.

by Proride Suspension Specialist

0 comments:

Post a Comment