Monday 26 May 2014

Shock Absorber Oil - Petronas Oil


Untuk shock absorber, minyak yang digunakan adalah minyak yang dibuat khas untuk absorber. Kebanyakan kilang pembuat absorber memiliki minyak khas masing-masing yang telah diuji samada di makmal atau dikeadaan sebenar (dikereta). Bagi Proride Absorber, minyak yang digunakan adalah dari Petronas. Sebab apa Proride Absorber menggunakan minyak Petronas? Di pasaran terdapat pelbagai jenis minyak yang digunakan untuk shock absorber tetapi tidak semua sesuai digunakan pada Proride Absorber.



Kelebihan minyak Petronas dari Proride Absorber adalah ia dibangunkan dengan kerjasama jurutera Petronas itu sendiri untuk disesuaikan dengan situasi Proride Absorber. Minyak Petronas khas ini telah melalui pelbagai ujikaji makmal di mana ia telah diuji untuk disesuaikan dengan Rebound & Compression Valve dan Oil Seal yang digunakan untuk Proride Absorber. Dalam ujikaji tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira iaitu ia tidak bertindakbalas dengan teflon pada piston dan dapat mengurangkan geseran antara piston dan tiub dalam absorber.

Selain itu, tindakbalas yang berlebihan akan menyebabkan minyak yang tidak sesuai akan menghasilkan bau busuk yang tidak sepatutnya pada jangkamasa yang singkat. Ia juga boleh menyebabkan tindakbalas yang menyebabkan teflon pada piston tersebut tercabut dan menjadi bendasing yang boleh menyebabkan sistem Rebound & Compression Valve menjadi tidak sempurna.

by Proride Suspension Specialist

0 comments:

Post a Comment