Proride Product



Terdapat pelbagai jenis produk yang ada dalam senarai Proride Suspension. Produk-produk Proride merangkumi peralatan suspension untuk semua kereta Proton dan Perodua, termasuk beberapa model untuk kereta Toyota, Honda, Nissan, Naza dan Kia. Produk tersebut adalah dibangunkan dengan teknologi Eropah pada permulaannya sebelum digabungkan dengan teknologi Korea dan Jepun.

Berikut adalah produk-produk yang terdapat dalam senarai produk Proride Suspension:

1. Proride Shock Absorber
Untuk produk Proride Shock Absorber, terdapat 3 jenis spesifikasi untuk disesuaikan dengan kereta dan cara pemanduan anda. Spesifikasi tersebut adalah Standard (Black Color), Heavy Duty (Maroon Color) dan Performance ( Yellow Color). Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik Proride Shock Absorber

2. Proride Coil Spring
Proride Coil Spring pula menampilkan dua jenis spesifikasi sahaja iaitu Standard (Black Color) dan Sport (Red Color). Perbezaan ketara mengenai dua jenis spesifikasi ini adalah dari segi panjang spring tersebut dan hasil dari pemasangan pada kereta. Untuk Standard, tinggi kereta tidak akan berubah manakala untuk Sport, kereta akan kelihatan lebih rendah dari asal sehingga ketinggian boleh diukur antara 2 hingga 3 jari. Untuk maklumat lanjut bole klik Proride Coil Spring

3. Proride Brake Disc
Proride Brake Disc hanya terdapat untuk spesifikasi Performance sahaja. Ini disebabkan untuk brake disc OEM sangat lambat untuk rosak dan boleh bertahan lama selagi tiada sebarang masalah yang dihadapi. Biasanya orang yang menukar Proride Brake Disc adalah untuk menambahkan cengkaman ketika membrek kereta anda terutamanya ketika Emergency Brake. Untuk maklumat lanjut boleh klik Proride Brake Disc

4. Proride Brake Pad
Proride Brake Pad adalah salah satu produk yang dikeluarkan dan seharusnya dipasang sekali dengan Proride Brake Disc. Kedua-duanya telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan secara bersama-sama kerana lokasi fungsi antara kedua-duanya adalah sama.Untuk spesifikasi Proride Brake Pad, ia hanya ada spesifikasi Performance sahaja, namun ia juga boleh berfungsi jika dipasangkan dengan brake disc OEM. Untuk maklumat lanjut boleh klik Proride Brake Pad

5. Proride Engine Oil
Untuk Proride Engine Oil, Proride ada menyediakan tiga jenis spesifikasi minyak enjin. Spesifikasi tersebut adalah Mineral, Semi-Sintetik dan Diesel. Produk minyak enjin ini dipacking dengan isian 3 liter dan 4 liter bergantung pada kapasiti kereta anda. Untuk maklumat lanjut boleh klik Proride Engine Oil

by Proride Suspension Specialist

0 comments:

Post a Comment