Monday 26 May 2014

Shock Absorber Oil - Petronas Oil


Untuk shock absorber, minyak yang digunakan adalah minyak yang dibuat khas untuk absorber. Kebanyakan kilang pembuat absorber memiliki minyak khas masing-masing yang telah diuji samada di makmal atau dikeadaan sebenar (dikereta). Bagi Proride Absorber, minyak yang digunakan adalah dari Petronas. Sebab apa Proride Absorber menggunakan minyak Petronas? Di pasaran terdapat pelbagai jenis minyak yang digunakan untuk shock absorber tetapi tidak semua sesuai digunakan pada Proride Absorber.

Read More

Rebound & Compression Valve

Perkara yang paling penting dalam sesebuah absorber adalah Rebound & Compression Valve. Sebab apa ia penting? Ini adalah kerana valve inilah yang mengawal pergerakan piston rod dan setting/tuning pada valve tersebut yang membolehkan kekerasan dan keselesaan pergerakan kereta dikawal mengikut kehendak anda. Untuk Proride Absorber, kelebihannya adalah teknologi yang digunakan iaitu "Three Stage Valve" di mana dengan menggunakan teknologi ini, proses untuk setting/tuning absorber tersebut lebih mudah dan cepat.

Read More

Saturday 24 May 2014

Double Lip Oil Seal

Selain Piston Rod, Oil Seal adalah salah satu part terpenting di dalam Proride absorber. Fungsi oil seal ini adalah untuk mengelakkan dari minyak dan gas keluar dari dalam absorber, dalam bahasa mudahnya 'leaking'. Selain itu, oil juga digunakan untuk menahan dari habuk dari memasuki sistem Proride Absorber. Jika habuk atau kualiti oil seal yang tidak bermutu tinggi, besar kemungkinan kebocoran gas atau minyak akan mudah berlaku.

Read More

Teflon Coated Piston

Piston adalah salah satu part yang terpenting dalam Proride absorber. FUngsi piston adalah mengawal aliran minyak yang terdapat di dalam Proride absorber. Selain itu, piston juga berfungsi untuk menahan geseran akibat pergerakan berterusan absorber semasa kereta bergerak samada dipandu dengan perlahan ataupun laju. Untuk memberikan ketahanan yang lebih tinggi terhadap geseran, piston tersebut perlu disalut dengan teflon yang tahan geseran dalam suhu yang tinggi.

Read More

Hard Chromed Piston Rod


Piston rod untuk Proride absorber melalui proses Hard Chromed di mana ia adalah satu proses chromium yang berbeza jika dibandingkan dengan chromium biasa yang terdapat pada kaki meja, tingkap rumah, pagar rumah dan lain-lain lagi. Kelebihan Hard Chromed ini adalah untuk menambahkan kekuatan Piston Rod untuk menghadapi pergerakan yang berterusan dalam jangkamasa yang lama.
Read More