Tuesday 29 September 2020

LIMA MITOS UMUM MENGENAI LOWERED SPRING UNTUK KENDERAAN ANDA

 

Sekiranya anda sudah menukar tayar dan sport rim, langkah seterusnya untuk meningkatkan pengendalian kenderaan anda adalah menaik taraf sistem suspensi kepada yang lebih baik. Biasanya, cara yang paling menjimatkan untuk melakukan perkara ini adalah dengan mengganti spring OEM/original anda dengan satu set spring performance/sport/lowered.
Antara sebab utama adalah untuk menurunkan pusat graviti kereta anda untuk pengendalian yang lebih baik, tetapi terdapat banyak faedah lain untuk menggunakannya.
Kenderaan juga mendapat kelebihan dalam penampilan yang lebih sporty ketika tinggi kereta diturunkan. Jadi apa yang menghalang banyak pemandu menurunkan kereta mereka? Berikut adalah lima mitos biasa yang sering menjadi persoalan.
Mitos 1: Sekiranya saya membeli spring lebih rendah iaitu performance/lowered spring, saya tidak boleh menggunakan shock absorber yang asal.
Fakta: Spring yang membuatkan tinggi kereta yang rendah kira-kira satu inci berfungsi dengan baik dengan shock absorber keluaran kilang yang asal. Sebenarnya, Proride Sport Spring Set direka bentuk untuk disesuaikan dengan suspensi asal kenderaan juga. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan performance yang maksimum, ia perlu dipasang dengan Proride Performance Absorber
Mitos 2: Saya memerlukan alignment kit yang mahal jika memasang lowered spring pada kereta.
Fakta: Menurut designer Proride, kebanyakan kenderaan tidak memerlukan alignment kit setelah memasang satu set lowered spring yang membolehkan penurunan ketinggian kereta dalam 1 inci sahaja.
Mitos 3: Menurunkan ketinggian kenderaan saya akan merosakkan kualiti perjalanan kenderaan dan menjadikannya pemanduan seperti memandu trak.
Fakta: Beberapa jenama sport spring, seperti Proride Lowered Spring, direka untuk mengekalkan sebahagian besar jarak perjalanan (travel distance-stroke) suspensi asal kereta dan hanya sekitar 15% ~ 25% lebih tinggi untuk spring rate untuk mengekalkan kualiti.
Mitos 4: Lowered spring akan membuat kereta mendap, menjadikan kereta terlalu rendah dan tidak praktikal digunakan di jalanraya.
Fakta: Lowered spring yang berkualiti tinggi dari jenama Proride dimampatkan hingga gegelung penuh/rapat dan diuji sebelum dihantar, spring tidak akan memendek lagi. Sebenarnya, Proride ada jaminan untuk spring sehingga 12 bulan jika berlaku kerosakan.
Mitos 5: Meningkatkan sistem suspensi kenderaan saya dengan menggunakan lowered spring adalah mahal.
Fakta: Harga untuk menurunkan ketinggian kenderaan boleh sama murahnya dengan harga set lowered spring, ditambah dengan kos pemasangan. Untuk harga semasa Proride Lowered Spring untuk kenderaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan harga yang istimewa.
Call +60143397988 - MAT untuk maklumat lanjut dan katalog

0 comments:

Post a Comment