Breaking

Saturday, 28 July 2018

Dah Tukar Sport Spring Kena Tukar Sport Rim Ke?



INTRO
💡Sport spring atau lowered spring dipasang supaya tahap ketinggian kereta kelihatan seperti sport car.
💡Cuba lihat sport car macam Ferari, Lamborgini tu, kan rendah keretanya. Macam tu la agaknya perasaan orang yang pasang sport spring.

PERLU KE TUKAR SPORT RIM?
📌 Secara teknikalnya, ukuran ketinggian yang sesuai iaitu gap antara fender dengan tayar adalah 2 jari depan dan 2 jari setengah belakang.
📌 Jadi kalau pakai rim standard boleh ke? Takde masalah pun kalau nak pasang sport spring dipadankan dengan rim standard.
📌  Ini kerana saiz keseluruhan tayar lebih kurang sama jika dipadankan dengan sport rim bersaiz 15", 16" ataupun 17".

APA SAIZ SPORT RIM YANG SESUAI?
📍 Tiada sport rim yang sesuai untuk semua orang, bergantung kepada jenis pemanduan dan citarasa pemandu kereta itu sendiri.
📍 Ada orang suka rim sederhana (15" - 16") dipadankan dengan tayar tebal, ada orang suka rim besar (17" - 18") dipadankan dengan tayar nipis.
📍 Pemilihan saiz rim juga bergantung pada jenis kereta dan citarasa, tapi yang paling utama adalah bajet (duit) mereka. Semakin besar saiz tayar semakin mahal harganya.

KENAPA PERLU TUKAR SPORT RIM?
📎 Untuk kelihatan lebih 'cantik' eloklah tukar sport rim, lebih besar lagi bagus.
📎 Lagi besar sport rim, tayar yang digunakan juga semakin lebar dan tetapi semakin nipis. Ada kelebihan dan kekurangannya.
📎 Kelebihan tayar lebar akan memberi lebih grip pada tayar semasa pemanduan dan memudahkan kawalan semasa jalan lurus ataupun membelok (cornering)
📎 Dari segi kekurangannya pula, pemandu perlu berhati-hati dengan keadaan jalan di Malaysia. Berhati-hati dengan lubang (pothole) yang banyak dijalanraya jika jalan tersebut kurang diselenggara atau dilalui oleh lori-lori besar
📎 Berhati-hati juga bila melalui kawasan perumahan kerana banyak bonggol tajam, banyak yang dibuat tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
📎 Kerosakan mudah berlaku pada sport rim samada bengkok ataupun lebih extreme boleh pecah dan perlu modal yang banyak untuk menggantikannya

MORAL OF THE STORY
📋 Pilihan untuk menukar sport rim selepas menukar sport spring adalah pilihan pemandu. Tiada 'rules' kalau dah tukar sport spring MESTI kena tukar sport rim
📋 Penukaran sport rim perlu diteliti untuk jangka masa panjang kerana keselesaan dan bajet untuk penggantian tayar dikemudian hari perlu difikirkan dengan baik.
📋 Jangan terlalu mengikut saranan mekanik kerana kebanyakan kedai tayar akan meminta anda menukar rim kerana memberi keuntungan kepada mereka.
📋 Akhir kata tepuk dada tanya poket anda!!

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

1 comment: