Breaking

Showing posts with label Proride Spring Standard. Show all posts
Showing posts with label Proride Spring Standard. Show all posts

Tuesday, 29 September 2020

Tuesday, September 29, 2020

Lima Mitos Umum Mengenai Lowered Spring Untuk Kenderaan Anda

 

Sekiranya anda sudah menukar tayar dan sport rim, langkah seterusnya untuk meningkatkan pengendalian kenderaan anda adalah menaik taraf sistem suspensi kepada yang lebih baik. Biasanya, cara yang paling menjimatkan untuk melakukan perkara ini adalah dengan mengganti spring OEM/original anda dengan satu set spring performance/sport/lowered.
Antara sebab utama adalah untuk menurunkan pusat graviti kereta anda untuk pengendalian yang lebih baik, tetapi terdapat banyak faedah lain untuk menggunakannya.
Kenderaan juga mendapat kelebihan dalam penampilan yang lebih sporty ketika tinggi kereta diturunkan. Jadi apa yang menghalang banyak pemandu menurunkan kereta mereka? Berikut adalah lima mitos biasa yang sering menjadi persoalan.
Mitos 1: Sekiranya saya membeli spring lebih rendah iaitu performance/lowered spring, saya tidak boleh menggunakan shock absorber yang asal.
Fakta: Spring yang membuatkan tinggi kereta yang rendah kira-kira satu inci berfungsi dengan baik dengan shock absorber keluaran kilang yang asal. Sebenarnya, Proride Sport Spring Set direka bentuk untuk disesuaikan dengan suspensi asal kenderaan juga. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan performance yang maksimum, ia perlu dipasang dengan Proride Performance Absorber
Mitos 2: Saya memerlukan alignment kit yang mahal jika memasang lowered spring pada kereta.
Fakta: Menurut designer Proride, kebanyakan kenderaan tidak memerlukan alignment kit setelah memasang satu set lowered spring yang membolehkan penurunan ketinggian kereta dalam 1 inci sahaja.
Mitos 3: Menurunkan ketinggian kenderaan saya akan merosakkan kualiti perjalanan kenderaan dan menjadikannya pemanduan seperti memandu trak.
Fakta: Beberapa jenama sport spring, seperti Proride Lowered Spring, direka untuk mengekalkan sebahagian besar jarak perjalanan (travel distance-stroke) suspensi asal kereta dan hanya sekitar 15% ~ 25% lebih tinggi untuk spring rate untuk mengekalkan kualiti.
Mitos 4: Lowered spring akan membuat kereta mendap, menjadikan kereta terlalu rendah dan tidak praktikal digunakan di jalanraya.
Fakta: Lowered spring yang berkualiti tinggi dari jenama Proride dimampatkan hingga gegelung penuh/rapat dan diuji sebelum dihantar, spring tidak akan memendek lagi. Sebenarnya, Proride ada jaminan untuk spring sehingga 12 bulan jika berlaku kerosakan.
Mitos 5: Meningkatkan sistem suspensi kenderaan saya dengan menggunakan lowered spring adalah mahal.
Fakta: Harga untuk menurunkan ketinggian kenderaan boleh sama murahnya dengan harga set lowered spring, ditambah dengan kos pemasangan. Untuk harga semasa Proride Lowered Spring untuk kenderaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan harga yang istimewa.
Call +60143397988 - MAT untuk maklumat lanjut dan katalog

Friday, 17 August 2018

Friday, August 17, 2018

5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Menukar Absorber / Spring


INTRO
💡Setiap kereta perlukan penukaran absorber atau spring bila tiba masanya.
💡Tempoh untuk sesuatu penukaran bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak perjalanan, kondisi jalan yang anda lalui, tempoh masa penggunaan absorber atau spring tersebut dan lain-lain lagi.
💡 Pengetahuan asas untuk penukaran perlu ada sebelum pergi ke workshop atau bengkel yang ada.

PASTIKAN MODEL ABSORBER / SPRING SAMA DENGAN KERETA ANDA
🔔 Ada pelbagai cara untuk membeli absorber atau spring samada belian terus di bengkel, belian online di Lazada/Shopee atau belian di kedai sparepart.
🔔 Kadangkala ada penjual yang kurang pengetahuan tentang barang yang mereka jual, mungkin tersilap barang atau tersilap letak sticker pada kotak.
🔔 Kalau untuk absorber depan, perkara penting adalah pada bahagian bracket yang dipasang pada knuckle dan bracket yang dipasang pada droplink. Satu lagi bahagian penting adalah pada hujung rod yang dipasang pada absorber mounting.
🔔 Kalau untuk absorber belakang, lubang pada rubber bush dan hujung rod perlu sama supaya dapat dipasang pada kereta.
🔔 Dari segi panjang/pendek absorber, ia bergantung pada spesifikasi absorber tersebut samada standard atau performance absorber.
🍓 Untuk spring pula, saiz pada setiap hujung spring adalah penting kerana ia akan dipasang pada spring seat asal.
🍓 Jika bahagian hujung spring saiz luaran sama, ia juga perlu dipastikan yang mana satu bahagian atas dan bawah.

Jika anda kurang yakin boleh berhubung pada seller tersebut untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

CARA PEMASANGAN YANG BETUL
✏️ Kebanyakan untuk absorber depan, telah ditetapkan ada bahagian kiri atau kanan. Ada juga absorber yang sama (common) untuk kedua-dua bahagian.
✏️ Jika absorber dipasang pada bahagian yang salah, adakalanya ia boleh dipasang pada kereta, cuma untuk drop link bracket dgn brake hose bracket tidak dapat dipasang kerana berada pada bahagian yang salah.
✏️ Untuk absorber belakang, kebanyakkannya adalah common dan boleh dipasang pada kedua-dua bahagian. Cuma pastikan ia dipasang dengan betul.

DOUBLE CHECK SEMUA SKRU & NUT DIKETATKAN
📌 Perkara yang penting untuk diperiksa adalah pemasangan skru & nut pada bahagian-bahagian kereta dan tayar.
📌 Jika ada nut & skru yang tidak dipasang dengan ketat, besar kemungkinan akan ada bunyi dan lebih serius lagi bole menyebabkan kemalangan.
📌 Ada pomen yang akan memasang semua skru & nut terlebih dahulu sebelum mengetatkan sekaligus pada hujung pemasangan.
📌 Anda boleh meminta pomen untuk memeriksa tahap keketatan (ada ke perkataan ni) skru & nut dengan menggunakan torque wrench namun jarang ada di semua workshop. 📌 Paling biasa pomen akan menggunakan spannar atau airgun untuk memeriksanya. Ia lebih mudah dan cepat.

PASTIKAN NUT TAYAR DIPASANG DENGAN BETUL
📍 Satu lagi perkara penting adalah cara membuka dan memasang nut pada tayar.
📍 Secara teknikalnya, nut tayar perlu dibuka atau dpasang secara bersilang untuk mengelakkan dari nut rosak.
📍 Selain itu, ia dapat memudahkan proses pemasangan tayar kerana ia dapat dibuka dan dipasang tanpa force tambahan apabila mengikut prosedur yang betul.

BUAT SEMULA CAMBER & ALIGNMENT
📎 Selepas membuka dan memasang semula absorber atau spring, camber & alignment akan 'lari'. Adalah penting untuk menentukan dan memeriksa camber & dan alignment mengikut spesifikasi yang betul.
📎 Antara akibat yang terjadi apabila ia tidak dibuat semula mengikut spesifikasi adalah tayar akan senget dan boleh menyebabkan tayar botak tidak sekata.
📎 Selain itu, stereng akan jadi senget dan mungkin akan bergegar pada kelajuan tertentu. Ini akan menyukarkan pemanduan dan bila tidak fokus pada pemanduan dan melalui jalan beralun atau berlubang, stereng boleh terlepas dari genggaman, ini boleh menyebabkan kemalangan.

MORAL OF THE STORY
📋 Adalah penting untuk menukar absorber atau spring yang sudah rosak. Ini dapat membantu dalam pemanduan dan mendapat keselesaan maksimum
📋 Perkara-perkara yang berkaitan dengan pemasangan absorber perlu diperiksa dan mengikut spesifikasi yang betul untuk mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Tuesday, 31 July 2018

Tuesday, July 31, 2018

Tindakan Yang Betul Selesaikan Masalah Sagat Fender Lepas Tukar Sport Spring



INTRO
💡Kalau anda pengguna tegar Facebook, tentu ada biasa membaca masalah-masalah pengguna kereta.
💡Pemilik kereta baru dan tiada pengalaman yang baik biasanya meluahkan masalah mereka dalam group kereta, malah dalam group jual kuih pun ada.. Adoii
💡Yang best kalau soalan-soalan yang ditanya dijawap dengan pantas dan menyelesaikan masalah, ini bagus!
💡Yang tak best dan menyampah dalam setiap pertanyaan mesti ada komen-komen yang 'menganjing' atau sarkastik. Kita yang baca pun panas hati, sebab kita nak tahu juga penyelesaiannya.

SAYA DAH PASANG SPORT SPRING BRAND XXX, TAPI BELAKANG SAGAT FENDER, MACAMANA NI?
📌 Pertanyaan begini selalu kita baca dan akan ada macam-macam penyelesaiannya yang diberi oleh orang yang komen.
📌 Pertama sekali, pembeli perlu merujuk semula pada seller sport spring tersebut berkenaan masalah sagat fender tersebut. Seller patut tahu bila anda pasang sport spring tu akan sagat fender atau tidak, senang kan? Kalau seller kata tak sagat tetapi bila dah dipasang jadi sagat senang nak tukar/return barang tersebut.
📌 Sebagai pemilik kereta, sebelum membeli anda perlu terangkan keadaan kereta anda dahulu, adakah masih seperti asal keluaran kilang atau sudah dimodifikasi seperti tukar rim/tayar saiz besar.
📌 Cara penggunaan kereta tersebut juga penting, kalau anda selalu bawa banyak barang di dalam bonet kereta, perlu spring yang berbeza jika dibandingkan dengan kalau anda bawa kereta seorang atau berdua sahaja.
📌 Tahap keselesaan atau dalam bahasa Jawa comfort juga perlu difikirkan kerana selepas anda menukar sport spring, anda sudah mengubah setting asal dan tidak dapat keselesaan seperti dulu.

MORAL OF THE STORY
📋 Kita boleh bertanya dalam group-group kereta berkenaan masalah yang kita hadapi tapi hati kena kental untuk baca komen-komen orang lain
📋 Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Masalah itu datang dari kita, maka kita juga yang dapat selesaikan masalah tersebut, orang lain hanya boleh bagi cadangan.
📋 Raikan pendapat dan cadangan orang lain. Kalau tak setuju tak perlu nak bash balik, scroll aje laju-laju.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Thursday, 13 February 2014

Thursday, February 13, 2014

Proride Coil Spring

 
Proride adalah jenama barangan dari Sapura industrial Berhad. (Syarikat Bumiputra)
Pihak Kami menjual Barang Proride yang 100% Original
Jenama Proride Menghasilkan 2 jenis Spring, antaranya:

Standard Spring (Black)
-Improved OEM Spec
-Performance increase 1%~3% from OEM Spec
-Height/Dimension similar to OEM


Sport Spring (Red)
-Special tuned performance spec
-Performance increase 5%~8% from OEM Spec
-Height/Dimension Reduce 20mm to match Performance Absorber

Proride Menghasilkan Spring untuk model Kereta :
Proton - Semua Jenis Kereta Proton
Perodua - Semua Jenis Kereta Perodua
Toyota - Vios
Nissan - Grand Livina/Latio
Mitsubishi - Lancer GT

Segala Pertanyaan dan Pembelian Sila hubungi :
019 - 493 8335 (Zan)
(Call/sms/whatsapp)

by Proride Suspension Specialist