Breaking

Showing posts with label Proride Mudah ProNiaga. Show all posts
Showing posts with label Proride Mudah ProNiaga. Show all posts

Tuesday, 29 September 2020

Tuesday, September 29, 2020

Lima Mitos Umum Mengenai Lowered Spring Untuk Kenderaan Anda

 

Sekiranya anda sudah menukar tayar dan sport rim, langkah seterusnya untuk meningkatkan pengendalian kenderaan anda adalah menaik taraf sistem suspensi kepada yang lebih baik. Biasanya, cara yang paling menjimatkan untuk melakukan perkara ini adalah dengan mengganti spring OEM/original anda dengan satu set spring performance/sport/lowered.
Antara sebab utama adalah untuk menurunkan pusat graviti kereta anda untuk pengendalian yang lebih baik, tetapi terdapat banyak faedah lain untuk menggunakannya.
Kenderaan juga mendapat kelebihan dalam penampilan yang lebih sporty ketika tinggi kereta diturunkan. Jadi apa yang menghalang banyak pemandu menurunkan kereta mereka? Berikut adalah lima mitos biasa yang sering menjadi persoalan.
Mitos 1: Sekiranya saya membeli spring lebih rendah iaitu performance/lowered spring, saya tidak boleh menggunakan shock absorber yang asal.
Fakta: Spring yang membuatkan tinggi kereta yang rendah kira-kira satu inci berfungsi dengan baik dengan shock absorber keluaran kilang yang asal. Sebenarnya, Proride Sport Spring Set direka bentuk untuk disesuaikan dengan suspensi asal kenderaan juga. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan performance yang maksimum, ia perlu dipasang dengan Proride Performance Absorber
Mitos 2: Saya memerlukan alignment kit yang mahal jika memasang lowered spring pada kereta.
Fakta: Menurut designer Proride, kebanyakan kenderaan tidak memerlukan alignment kit setelah memasang satu set lowered spring yang membolehkan penurunan ketinggian kereta dalam 1 inci sahaja.
Mitos 3: Menurunkan ketinggian kenderaan saya akan merosakkan kualiti perjalanan kenderaan dan menjadikannya pemanduan seperti memandu trak.
Fakta: Beberapa jenama sport spring, seperti Proride Lowered Spring, direka untuk mengekalkan sebahagian besar jarak perjalanan (travel distance-stroke) suspensi asal kereta dan hanya sekitar 15% ~ 25% lebih tinggi untuk spring rate untuk mengekalkan kualiti.
Mitos 4: Lowered spring akan membuat kereta mendap, menjadikan kereta terlalu rendah dan tidak praktikal digunakan di jalanraya.
Fakta: Lowered spring yang berkualiti tinggi dari jenama Proride dimampatkan hingga gegelung penuh/rapat dan diuji sebelum dihantar, spring tidak akan memendek lagi. Sebenarnya, Proride ada jaminan untuk spring sehingga 12 bulan jika berlaku kerosakan.
Mitos 5: Meningkatkan sistem suspensi kenderaan saya dengan menggunakan lowered spring adalah mahal.
Fakta: Harga untuk menurunkan ketinggian kenderaan boleh sama murahnya dengan harga set lowered spring, ditambah dengan kos pemasangan. Untuk harga semasa Proride Lowered Spring untuk kenderaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan harga yang istimewa.
Call +60143397988 - MAT untuk maklumat lanjut dan katalog

Friday, 10 August 2018

Friday, August 10, 2018

4 Cara Periksa Absorber Kereta Dengan Betul


INTRO
💡Pengguna kereta di Malaysia tidak ramai yang tahu cara memeriksa keadaan absorber dengan betul.
💡Cara pemeriksaan ini adalah bagi absorber yang baru di beli samada terus di kilang atau di kedai spare part dan workshop.
Pemeriksaan ini adalah untuk menentukan bahagian dalaman absorber, untuk bahagian luar bole dilihat dari segi cat, welding condition dan lain-lain lagi
💡Bagi anda yang tidak tahu cara untuk memeriksa absorber bole ikut cara seperti di bawah.

PERIKSA ABSORBER ELOK / ROSAK
📌 Cara pemeriksaan yang pertama adalah untuk menentukan samada absorber tersebut elok ataupun tidak.
📌 Periksa tiada minyak yang meleleh di bahagian cap absorber dan bahagian-bahagian welding. Kalau berminyak minta tukar yang baru.
📌 Jika absorber tersebut diikat dgn tali atau disangkut dengan besi, bukakan ikatan tersebut dan biarkan ia bebas.

ABSORBER KERAS / LEMBUT
📍 Ada yang kata kalau absorber keras, bila dibuka tali pengikat atau cangkuk besi, rod akan naik depan cepat.
📍 Kalau itu tanggapan anda, ia adalah SALAH.
📍 Sebenarnya kalau rod tersebut keluar dengan cepat, ini menandakan absorber tersebut adalah lembut. Kalau ia keluar secara perlahan, maka ia adalah keras.
📍 Secara teknikalnya, absorber keras atau lembut diukur menggunakan mesin damping force. Mesin ini memang dicipta khas untuk menentukan prestasi/performance absorber.
📍 Absorber diukur dengan beberapa kelajuan (speed) yang berbeza. Setiap kelajuan ada spesifikasinya sendiri.
📍 Apabila anda menekan dan melepaskan rod absorber, cara ini hanya dapat mengagak kekerasan absorber pada low speed sahaja.
📍 Pada medium speed dan high speed ia tidak dapat diukur dengan menekan atau melepaskan rod tersebut.

JENIS ABSORBER MINYAK / MINYAK + GAS
📎 Terdapat dua jenis absorber yang biasa digunakan dipasaran Malaysia. Ia adalah absorber minyak dan minyak + gas.
📎 Cara menentukan jenis absorber adalah dengan melepaskan tali pengikat atau cangkuk besi yang dipasang pada absorber tersebut.
📎 Bagi absorber minyak, kebiasaannya ia tidak perlu diikat, ini kerana tiada penolakan keluar pada rod absorber.
📎 Bagi absorber minyak + gas pula, apabila tali pengikat dilepaskan, rod absorber akan naik sendiri. Kadar naik tu bergantung pada setting komponen dalaman nya.
📎 Ada ke absorber gas? Kenapa kat luar sana orang sebut absorber gas? Absorber gas yang dimaksudkan dimaksudkan diluar sana adalah absorber minyak + gas. Takde absorber hanya ada gas sahaja kat dalam. Mereka sebut absorber gas sebab nak cepat kot..

ABSORBER NAIK TAK SAMA
🎖️ Kenapa ada absorber yang bila dilepaskan secara berdua sebelah-sebelah, tidak sama kadar kenaikannya?
🎖️ Persoalan ini dapat diterangkan di mana dalam setiap proses pembuatan produk terdapat tolerance. Agak sukar untuk membuat banyak benda yang sama tanpa sebarang tolerance.
🎖️ Ini adalah basic enginnering.

MORAL OF THE STORY
📋 Diluar sana ada banyak cara yang digunakan untuk memeriksa absorber yang baik.
📋 Ia banyak bergantung pada pengalaman dan pembacaan masing-masing.
📋 Diharap dengan panduan ini dapat membantu anda memilih dengan betul.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist