Breaking

Showing posts with label Proride Heavy Duty Absorber. Show all posts
Showing posts with label Proride Heavy Duty Absorber. Show all posts

Monday, 28 September 2020

Monday, September 28, 2020

Apa Beza Absorber Proride Standard Dengan Absorber Original

 


Kereta keluaran baru dari kilang biasanya disertakan dengan warranti mengikut komponen atau part. Bagi suspension kereta, terutamanya penyerap hentakan (shock absorber), untuk kereta keluaran baru, orang kata kereta 'bau kedai' akan ada warranti selama 2 ke 3 tahun.
Ia bergantung kepada pihak pengeluar kenderaan tersebut. Disebabkan absorber adalah 'moving parts' atau dalam kategori wear and tear, penilaian warranti adalah sangat subjektif. Hanya warranti yang ketara seperti masalah 'oil leaking' sahaja yang agak mudah untuk membuat claim.
Bila sudah sampai masa untuk menukar absorber, banyak perkara yang perlu diambilkira, terutamanya untuk mendapat keselesaan seperti setting asal.
Bagi absorber standard Proride, settingnya ada sedikit perbezaan dari absorber original. Bahagian luaran tiada perbezaan yg ketara disebabkan untuk membolehkan pemilik kereta menggunakan kembali part-part lain, hanya perlu menukar absorber sahaja.
Apa yang sedikit berbeza? Dari segi setting 'damping force' dinaikkan sedikit sekitar 3 ~ 5% untuk meminimumkan perbezaan antara setting comfort absorber original. Ini disebabkan ada part-part lain yang sudah separuh hayat tapi masih boleh digunakan dan boleh mendapat setting yang kita kehendaki.
Ada juga yang kata, kalau semua setting absorber standard Proride sama dgn absorber original, baik beli yang original aje. Ini juga bergantung kepada kadar pemanduan pemilik kereta di jalanraya. Bila sudah lama biasa dengan kereta mereka, mesti mahu sedikit perbezaan pada setting suspension kereta mereka.
Akhir kata, absorber kami punya, duit anda punya. Pilihan terletak ditangan anda.
Monday, September 28, 2020

Proride Brand OK Ke?

 


Tengahari tadi saja buat carian di Google untuk keyword PRORIDE. Kalau buat carian ini 5 ke 6 tahun lepas, result yang keluar adalah barangan skateboard jenama PRO-RIDE.
Namun selepas beberapa tahun brand Proride berasaskan barangan yang menjurus kepada spare part kereta, senario carian google sudah berubah.
Banyak result carian lebih tertumpu kepada barangan seperti Absorber, Spring, Brake Pad dan lain-lain lagi. Carian juga lebih kepada jualan barangan Proride dalam marketplace terkemuka seperti Mudah.my, Lelong.com.my, forum.lowyat.net dan sebagainya
Dengan berkembangnya marketplace seperti Lazada dan Shopee, barangan Proride juga sudah berada di dalam shopping site tersebut. Terima kasih kepada syarikat dan personal seller yang mengiklan produk Proride dalam marketplace tersebut yang mendapat kunjungan ribuan rakyat Malaysia setiap hari.
Jika anda mahu mencari barangan Proride, kunjungi lah laman-laman web yang telah dinyatakan tadi. Sokongan anda terhadap produk brand Proride adalah sangat dihargai dan di alu-alukan. Mari kita memeriahkan semula pasaran spare part tempatan dengan barangan Proride

Friday, 10 August 2018

Friday, August 10, 2018

4 Cara Periksa Absorber Kereta Dengan Betul


INTRO
💡Pengguna kereta di Malaysia tidak ramai yang tahu cara memeriksa keadaan absorber dengan betul.
💡Cara pemeriksaan ini adalah bagi absorber yang baru di beli samada terus di kilang atau di kedai spare part dan workshop.
Pemeriksaan ini adalah untuk menentukan bahagian dalaman absorber, untuk bahagian luar bole dilihat dari segi cat, welding condition dan lain-lain lagi
💡Bagi anda yang tidak tahu cara untuk memeriksa absorber bole ikut cara seperti di bawah.

PERIKSA ABSORBER ELOK / ROSAK
📌 Cara pemeriksaan yang pertama adalah untuk menentukan samada absorber tersebut elok ataupun tidak.
📌 Periksa tiada minyak yang meleleh di bahagian cap absorber dan bahagian-bahagian welding. Kalau berminyak minta tukar yang baru.
📌 Jika absorber tersebut diikat dgn tali atau disangkut dengan besi, bukakan ikatan tersebut dan biarkan ia bebas.

ABSORBER KERAS / LEMBUT
📍 Ada yang kata kalau absorber keras, bila dibuka tali pengikat atau cangkuk besi, rod akan naik depan cepat.
📍 Kalau itu tanggapan anda, ia adalah SALAH.
📍 Sebenarnya kalau rod tersebut keluar dengan cepat, ini menandakan absorber tersebut adalah lembut. Kalau ia keluar secara perlahan, maka ia adalah keras.
📍 Secara teknikalnya, absorber keras atau lembut diukur menggunakan mesin damping force. Mesin ini memang dicipta khas untuk menentukan prestasi/performance absorber.
📍 Absorber diukur dengan beberapa kelajuan (speed) yang berbeza. Setiap kelajuan ada spesifikasinya sendiri.
📍 Apabila anda menekan dan melepaskan rod absorber, cara ini hanya dapat mengagak kekerasan absorber pada low speed sahaja.
📍 Pada medium speed dan high speed ia tidak dapat diukur dengan menekan atau melepaskan rod tersebut.

JENIS ABSORBER MINYAK / MINYAK + GAS
📎 Terdapat dua jenis absorber yang biasa digunakan dipasaran Malaysia. Ia adalah absorber minyak dan minyak + gas.
📎 Cara menentukan jenis absorber adalah dengan melepaskan tali pengikat atau cangkuk besi yang dipasang pada absorber tersebut.
📎 Bagi absorber minyak, kebiasaannya ia tidak perlu diikat, ini kerana tiada penolakan keluar pada rod absorber.
📎 Bagi absorber minyak + gas pula, apabila tali pengikat dilepaskan, rod absorber akan naik sendiri. Kadar naik tu bergantung pada setting komponen dalaman nya.
📎 Ada ke absorber gas? Kenapa kat luar sana orang sebut absorber gas? Absorber gas yang dimaksudkan dimaksudkan diluar sana adalah absorber minyak + gas. Takde absorber hanya ada gas sahaja kat dalam. Mereka sebut absorber gas sebab nak cepat kot..

ABSORBER NAIK TAK SAMA
🎖️ Kenapa ada absorber yang bila dilepaskan secara berdua sebelah-sebelah, tidak sama kadar kenaikannya?
🎖️ Persoalan ini dapat diterangkan di mana dalam setiap proses pembuatan produk terdapat tolerance. Agak sukar untuk membuat banyak benda yang sama tanpa sebarang tolerance.
🎖️ Ini adalah basic enginnering.

MORAL OF THE STORY
📋 Diluar sana ada banyak cara yang digunakan untuk memeriksa absorber yang baik.
📋 Ia banyak bergantung pada pengalaman dan pembacaan masing-masing.
📋 Diharap dengan panduan ini dapat membantu anda memilih dengan betul.

Artikel ini disiarkan di Proride Suspension Specialist

Thursday, 13 February 2014

Thursday, February 13, 2014

Proride Shock Absorber



Proride adalah jenama barangan dari Sapura industrial Berhad. (Syarikat Bumiputra)
Pihak Kami menjual Barang Proride yang 100% Original

Jenama Proride Menghasilkan 3 jenis Absorber, iaitu:



Standard Absorber (Black)
-Improved OEM Spec
-Performance increase 3%~5% from OEM Spec
-Absorber Type Gas + oil
-Height/Dimension as per OEM Spec

Heavy Duty Absorber (Maroon)
-Heavy used spec
-Performance increase 5%~8% from OEM Spec
-Absorber Type Gas + oil
-Height/Dimension as per OEM Spec



Performance Absorber (Yellow)
-Special tuned performance spec
-Performance increase 13%~20% from OEM Spec
-Absorber Type Gas + oil
-Height/Dimension Reduce 20mm to match Lowered Spring

Proride Menghasilkan Absorber untuk model Kereta :


Segala Pertanyaan dan Pembelian Sila hubungi :
019 - 493 8335 (Zan)
(Call/sms/whatsapp)

by Proride Suspension Specialist